memoir

Cita-cita Vs Realiti

9:06 AM

Marvel Exhibition, Ropponggi Hills, Tokyo.

"So, universiti mana yang awak nak masuk untuk master? Dah siap preparation?"

Terdiam. Tahan sebak. Tarik nafaas, lepas.

"Er, saya balik Malaysia"

"Oh, yeke? Bukan ke awak cakap nak sambung Tokyo Uni untuk master? Dan idea grad thesis awak sangat bagus dan boleh pergi jauh"

"Mak ayah saya tak sihat.."

"Ooh, well things happen.. awak anak sulung ke?

"Tak, saya bongsu"

"Ooh ok..ok. Saya sedikit hampa tak dapat tengok awak sambung belajar. Tapi saya rasa pilihan awak untuk balik dan bekerja juga adalah satu pilihan yang baik.. lagipun awak akan bekerja sebagai guru kan?"

"Ya, dengan izin Tuhan."

"Great. Saya tahu awak tak akan putus asa kejar cita-cita. Saya sarankan semasa awak bekerja nanti, guna masa yang awak ada di Malaysia untuk baca dan kaji bidang yang awak minat sebanyak yang mungkin. Nanti bila dah cukup duit dan tiba masa yang sesuai, mari datang semula ke Jepun atau sambung lah di mana-mana tempat yang awak suka"

Air mata bertakung. Tahan..tahan.

Prof Andrew sambung lagi,
"Saya tak sabar nak jumpa awak di masa hadapan. Dan saya yakin semua pengalaman ini akan menjadikan awak lebih matang dan kuat"

"Terima kasih prof.."

Keluar bilik prof, empangan pecah.

Ya. Siapa kata Hasni akan berhenti mencuba?
Moga Allah pandu semua pilihan ini amin.
Moga Allah pinjamkan kekuatan dan kesabaran.

20/07/2017
Kashiwa

memoir

sempurna

3:06 AM

Kau begitu sempurna
Dijiwaku kau begitu indah
Segala sunnahmu akan ku ikuti selalu

As-Salam Mosque, Okachimachi, Tokyo



Disetiap hadithmu
Kukan slalu merindukan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa jihadmu


Janganlah kau sisihkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Dengan syafaatmu ku akan bisa...


chorus:

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah Rasulku
Kekasih Tuhanku

Muhammad, rahmat bagimu

Sempurna..


Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku


Janganlah kau sisihkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Dengan syafaatmu ku akan bisa...


chorus:
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah Rasulku
Kekasih Tuhanku

Muhammad, rahmat bagimu


Sempurna...


Sempurna...


lagu : Sempurna - Andra and the BackBone
composer asal : Andra and Steve

digubah suka-suka oleh : alyabaniy